Wednesday, November 10, 2010


SEJARAH PENUBUHAN

           Idea penubuhan rumah amal kebajikan ini di ilhamkan oleh Datuk Ibrahim bin osman  . Beliau telah mgambil inisiatif untuk mengabungkan kedua buah badan bukan kerajaan iaitu Yayasan Pembangunan Insan (YPIN ) dan Pertubuhan KEBAJIKAN Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia (PKAYDEM) YPIN )  untuk bekerjasama mengerakan program serta kegiatan amar maaruf di dalam negara. Perkongsian pintar ini telah berjaya mengujudkan sebuah rumah       amal kebajikan yang bernama  
                                                                    Rumah Amal Anak Yatim YPIN

           Rumah Amal Anak Yatim ( YPIN ) di dirikan di Lot 873-A, Kampong Sungai Manggis, Jalan Banting Klang, Banting, Selangor Darul Ehsan. Seramai 32 orang anak-anak yatim menjadi penghuni tetap di rumah ini. Anak-anak yatim ini telah diserahkan kepada pihak Yayasan oleh ibu-bapa mereka agar kehidupan dan pendidikan anak-anak mereka lebih terjamin di masa akan datang.
Atas kesedaran betapa perlunya setiap anggota masyarakat di negara ini agar tidak ketinggalan dalam arus Pembangunan kemajuan pendidikan yang semakin pesat terutamanya menjelang alaf baru, maka Yayasan turut berkongsi bersama-sama segenap masyarakat bagi membantu mencapai impian dalam merangka program yang menjurus ke arah pembentukan budaya masyarakat penyayang dan prihatin.
Bagi menampung kos perbelanjaan dan keperluan rumah anak-anak yatim ini, Yayasan Pembangunan Insan Nasional telah menjalankan pelbagai aktiviti dan program bagi membantu mencari dana dan mengisi tabung kebajikan.
Sehubungan itu, bagi merealisasikan impian agar Rumah Amal Anak Yatim YPIN ini agar dapat terus berfungsi , kami berharap sokongan dan kerjasama dari semua pihak-pihak yang terlibat secara khusus atau amnya dapat diberikan. Semoga dengan adanya rumah ini, nasib anak-anak yatim akan terus terbela.

MATLAMAT

           Menjadikan RUMAH AMAL ANAK YATIM YPIN sebagai rumah gantian kepada kanak-kanak di bawah jagaanya. Oleh itu, perhatian dan keutamaan diberikan dalam memastikan jagaan yang baik dan sempurna dapat dijalankan dengan suasana harmoni dan penuh limpahan kasih sayang seperti yang terdapat dalam sebuah rumah yang normal. Suasana seperti ini membolehkan kanak-kanak tersebut membesar secara menyeluruh dari segi emosi, jasmani dan rohani. Keperluan asas seperti makan dan minum, pakaian dan lain-lain juga turut disediakan oleh rumah amal ini
           Memberikan perlindungan dan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak yatim miskin agar mendapat perhatian dan jagaan yang sempurna.

PENYATA  ANGARAN KASAR  PERBELANJAA KEPERLUAN BULANAN 

Bil Elektrik & Air     RM 900.00

B   Wang Saku Persekolahan   ( RM 2 X 32 orang  X 22 hari ) RM  1408.00
      Elaun  Staf & Warden   (RM 700X 3orang  )  RM 2.100.00
      Pengangkutan -Minyak - RM 600.00
      Makan -Minum   ( RM 5 X 32 orang  + 2 petugasX 30 hari ) RM 5.100.00
      Barangan Keperluan Diri  ( sabun ,ubat gigi, syampo ,dan lain-lain ) RM 250.00
      Kos Rawatan Perubatan / Pergigigan   RM 500.00
      Alat Tulis / Buku Rujukan / Bahan Bacaan  / RM 500,00
     Pengurusan   RM 1.500.00
        
        JUMLAH BESAR RM 12,858,80
        ( DUA BELAS RIBU LAPAN RATUS LAPAN PULUH LIMA LAPAN PULUH SEN  )

Dengan keperluan yang amat besar ini pihak kami amat memerlu kan sokong dan sumbang dari pihat tuan / puan . Semoga sumbang tersebut dapat kami dapat menjalankan amanah dan tangunggjawap yang amat besar ini  
     
     kepada semua penyumbang boleh terus datang ke alamat kami 
     atau pun pos terus pejabat urusetia kami seperti alamat di bawah 
     segalas sumbangan melalui cek berpalang  RUMAH AMAL ANAK YATIM YPIN
     
    RUMAH AMAL ANAK YATIM YPIN 
    LOT 873A , KAMPUNG SG MANGGIS 
    JALAN BANTING KELANG , 
    
    PEJABAT URUSETIA  
    
    NO 11-2 JALAN 3A/2B 
    TAMAN DESA BAKTI , 
    68100 BATU CAVES SELANGOR 

T TEL 03 -61387177/03-61385177

   


[M  Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana. 
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)
      


      

70
§  -
§   












No comments:

Post a Comment